Terminal Feri Kuala Kedah akan ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam dalam Mukim Kuala Kedah bermula esok hingga 19 September ini. Penumpang yang ingin keluar atau masuk ke Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis yang akan dibuka mulai esok dengan kekerapan satu perjalanan sehari.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom berkata, feri dari Langkawi ke Kuala Perlis dijadualkan pada pukul 11 pagi.

Manakala, Kuala Perlis ke Langkawi pada pukul 1 tengah hari.

Kekerapan feri akan ditambah sekiranya mendapat permintaan.

Hanya 50 peratus jumlah kapasiti penumpang pada satu-satu masa dibenarkan.

Bagi penumpang yang telah membeli tiket bagi perjalanan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi, tuntutan bayaran balik boleh dilakukan melalui email atau boleh berurusan kaunter Terminal Feri Kuala Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini