Perkhidmatan Kesejahteraan Lelaki di Klinik Nur Sejahtera (KNS) akan diperluas ke seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, perkhidmatan tersebut tambahan kepada fungsi utama KNS Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

LPPKN merekodkan lebih 22,000 kes sesi kaunseling melibatkan kaum lelaki sejak tahun 2019 hingga Jun tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, 33 peratus berkaitan masalah dengan pasangan, 20 peratus masalah kewangan, 17 peratus masalah keluarga manakala 30 peratus lagi lain-lain masalah.

Rina berkata golongan lelaki juga mempunyai masalah kesihatan dan psikososial sama seperti golongan wanita, namun disebabkan sifat segan, mereka malu untuk mendapatkan bantuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini