Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak sedang dalam usaha menambah baik kualiti perkhidmatan agensi kerajaan itu.

Ia bagi mengatasi masalah kesesakan di kaunter perkhidmatan dan urusan yang tertunggak.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata pada masa ini, perkara itu berlaku disebabkan kekurangan kakitangan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, serta terdapat kakitangan yang positif COVID-19.
 
Pihaknya mengambil maklum rintihan yang diterima oleh mereka yang ingin berurusan di jabatan tersebut dan perkara itu akan diselesaikan secepat mungkin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini