Buat pertama kalinya, Perkhidmatan Penjagaan Spiritual diperkenal kepada jemaah haji Malaysia.

Inisiatif Tabung Haji bersama Kementerian Kesihatan Malaysia itu bertujuan memantapkan kekuatan rohani para jemaah dalam mendepani cabaran sepanjang mengerjakan haji.

Kekuatan rohani atau dalaman perlu diberi perhatian serius. Lebih-lebih lagi, ketika jemaah berdepan situasi luar jangka termasuk sakit.

Ia memberi pengaruh besar terhadap fokus dalam menyempurnakan ibadah. Jika dipandang enteng, jemaah berisiko menghadapi krisis spiritual yang mencetuskan rasa putus asa.