Perkhidmatan Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Stesen Woodlands, Singapura yang digantung sejak 2020 akibat penularan Covid-19, disambung semula, 19 Jun ini.

Tiket bagi perjalanan pada tarikh itu, mula dijual pukul 3 pagi Isnin ini secara dalam talian.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu, 31 perkhidmatan beroperasi pada setiap hari dari JB Sentral – Woodlands – JB Sentral, melibatkan kekerapan selama 30 minit.

Penumpang juga hanya menggunakan passport sebagai tiket rasmi bagi daftar masuk di Turnstile Stesen JB Sentral dan Stesen Woodlands sebelum menaiki tren shuttle Tebrau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini