Pengguna bakal memperoleh pengalaman khidmat pelanggan yang lebih baik, apabila penyedia perkhidmatan telekomunikasi negara menandatangani Ikrar Mengutamakan Pengguna di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Disaksikan oleh Pengerusi MCMC, Al -Ishsal Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif dan wakil syarikat telco dari Celcom , Maxis, TM, U Mobile, YTL Communications, Digi dan Time mengkikrarkan komitmen mereka untuk menambahbaik perkhidmatan kepada pelanggan berbanding sedia ada. Menurut Al-Ishsal, pasaran Malaysia mempunyai 41.5 juta pelanggan jalur lebar dan 42.9 juta pelanggan mobile. Justeru MCMC dan penyedia pekhidmatan telekomunikasi berkenaan akan terus bekerjasama untuk memastikan kualiti jaringan berada pada tahap terbaik dan tempoh tindakan terhadap sebarang aduan dipercepat. Pada suku pertama 2019 MCMC mencatatkan lebih 14 ribu aduan secara keseluruhan melibatkan telekomunikasi dan perkhidmatan multimedia. Angka ini mencatat penurunan berbanding suku keempat 2018 dengan lebih 18 ribu aduan diterima.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini