Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) digalakkan untuk mewujudkan koperasi sendiri dalam usaha membantu ahlinya terus berdaya saing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, langkah ini boleh mempelbagaikan lagi pendapatan kontraktor kelas F selain bergantung kepada tender kerajaan.

Kebanyakan ahli PERKOBF juga diakui sukar mendapat pinjaman, justeru dengan wujudnya koperasi kredit, ia boleh menjadi saluran pinjaman kepada ahlinya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan PERKOBF.

Sebanyak 129,902 syarikat yang telah berdaftar dengan CIDB bagi semua Gred. Manakala 68,057 kontraktor telah diberi pengiktirafan Sijil Taraf Bumiputera oleh Pusat Khidmat Kontraktor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini