Kerjasama kukuh diperlukan dalam kalangan masyarakat termasuk kerajaan, operator pengangkutan awam, syarikat tenaga utiliti dan syarikat swasta bagi membina sektor pengangkutan yang mampan.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong, ke arah itu, dasar pintar, peraturan baharu dan teknologi perlu dipromosi dan dilaksanakan bagi meningkatkan penyelesaian terhadap sebarang isu berkaitan.

Kerjasama kukuh tersebut diangkat menerusi nilai Keluarga Malaysia, yang mementingkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama.

Beliau berucap pada “2022 The National Transport Summit” dengan tema “Sustainable Transport for Economic Recovery”.

Sidang Kemuncak itu mengetengahkan rancangan kerajaan bagi sektor pengangkutan khususnya pengangkutan bandar, jalan raya, rel, laut dan pengangkutan udara.

Ia menghimpunkan kesemua pemain industri khususnya dalam sektor pengangkutan mengenai trend, cabaran dan peluang dalam Sektor Pengangkutan Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini