Liga Premier.

Skuad Kelantan FC kesal tidak dapat menggunakan Stadium Sultan Muhammad IV bagi aksi menentang JDT II FC pada 27 Jun ini.

Keadaan tersebut memaksa perlawanan berkenaan ditukar ke venue lain berikutan stadium itu berdepan isu penyelenggaraan.

Menurut Pengurus Operasi Kelantan FC, Qusmaini Noor Rusli,  bilik persalinan yang tidak sesuai digunakan untuk saingan Liga Premier Malaysia merupakan antara faktor utama Stadium Sultan Muhammad IV tidak mendapat kelulusan untuk diguna pakai.

Dalam masa sama beliau turut menafikan dakwaan pasukan itu gagal membayar sewa stadium dan padang latihan.

Jelas Qusmaini, Kelantan FC sehingga kini tidak mempunyai apa-apa tunggakan berkaitan perkara itu.

Sementara itu, Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) memaklumkan semua kerja penyelengaraan hanya akan siap sepenuhnya pada 30 Jun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini