Perlis merekodkan jumlah kutipan barangan kitar semula hampir 540,000 kilogram tahun lalu, meningkat 24 peratus berbanding tahun 2020. Daripada keseluruhan kutipan 2021, 19 peratus atau 104,000 kilogram dikumpul menerusi Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) Kangar.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman, Zaki Abdul Aziz Daud berkata, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, DTRC Kangar merekodkan kutipan hampir 86,000 kilogram barangan kitar semula pelbagai kategori.

Berikutan perkembangan positif itu, sebuah lagi DTRC dibuka di Pasar Awam Arau untuk kemudahan penduduk. Pembukaannya disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini