Empat kanak-kanak maut manakala beberapa lagi cedera parah apabila permainan belon istana meletup di sebuah sekolah rendah di Devonport, Tasmania hari ini.

Kanak-kanak malang itu terjatuh dari ketinggian kira-kira 33 kaki selepas terpelanting apabila belon istana ditiup angin kuat.

Mangsa merupakan dua lelaki dan dua perempuan berusia diantara 10 dan 12 tahun.

Kejadian berlaku ketika hari sukaneka di mana murid-murid berkenaan sedang bergembira meraikan minggu terakhir persekolahan sebelum cuti Krismas.

Polis juga mengesahkan sebilangan besar lagi kanak-kanak cedera parah.

Sementara menunggu hasil siasatan polis, keluarga, guru, rakan mangsa yang terkesan diberikan rawatan kaunseling.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini