Semua jenis permainan mercun sempena Tahun Baru Cina adalah dilarang.

Tegas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, penggunaan mercun ini tertakluk kepada garis panduan dan operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Walkabout di pasar Jalan Perak sempena Ops Selamat.
 
Ops Selamat bertujuan meningkatkan rondaan anggota polis di kawasan hotspot bukan sahaja kerana isu jenayah, malah untuk mengawal pergerakan lalulintas.
 
Untuk rekod, Pulau Pinang mencatatkan kehadiran lebih 50,000 orang pengunjung ke negeri itu untuk menyambut Tahun Baru Cina tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini