Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis sambutan Jubli Platinum Ratu Great Britain, Ratu Elizabeth II di Kuala Lumpur.

Ia sebagai penghormatan kepada pemerintahan serta perkhidmatan baginda Ratu selama 70 tahun memerintah Britain dan Ulang Tahun yang ke-96 baginda.

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong disambut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay.

Baginda berkenan meluangkan masa hampir dua jam dengan beramah mesra bersama tetamu yang hadir sebelum dibawa melihat pameran “Portaits of The Queen” by Hakim Abdullah dari The Pencil Ninja.

Ratu Elizabeth II pernah berkunjung ke Malaysia sebanyak tiga kali.

Lawatan sulung Baginda pada 1972, menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Langkawi pada 1989 dan menghadiri penutupan Sukan Komanwel ke-16 pada 1998.

6 Februari 2022, Ratu Elizabeth II menjadi raja British pertama yang melangkaui jubli platinum.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini