Permintaan Pas Perjalanan Bulanan Pendaftaran Tanpa Had 5 ringgit (MyRail5) dijangka meningkat dalam kalangan pelajar sekolah dan golongan orang kurang upaya (OKU).

Ini berikutan pembukaan semula sesi persekolahan dan kebenaran kapasiti penuh bagi pengangkutan awam.

Melalui kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rani Hisham Samsuddin menyatakan, setakat ini, MyRail5 mencatat lebih dari 800 pendaftaran sejak dilancarkan awal tahun lepas.

KTMB sentiasa menyambut baik keputusan kerajaan untuk meneruskan inisiatif MyRail5  seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022.

MyRail5 ini menawarkan pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari dengan hanya RM 5

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini