Peningkatan permintaan yang mendadak bagi beberapa jenis ubat ubatan antara faktor berlaku kekurangan bekalan serta bahan mentah bagi produk farmaseutikal. 

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A Halim menerusi  kenyataan  memaklumkan, kekurangan melibatkan produk bagi rawatan demam, vitamin C serta ubat batuk dan selsema.

Justeru, kementerian menerusi Program Perkhidmatan Farmasi telah mengadakan perjumpaan dengan pihak industri farmaseutikal; Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia, Persatuan Farmaseutikal Malaysia dan Persatuan Pembekal Farmaseutikal Malaysia, semalam.

Ketika ini, tiada produk yang mengalami gangguan bekalan secara menyeluruh.

Ini memandangkan kebanyakan produk mempunyai alternatif daripada pelbagai jenama lain yang mempunyai indikasi yang sama.

Pihak pengilang juga telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Dalam masa sama, KKM sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak industri berhubung status sebenar bekalan ubat ubatan yang dihasilkan di Malaysia atau diimport serta isu yang berkaitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini