Usaha dipergiat bagi mengembalikan harga barang-barang keperluan rakyat kembali ke tahap normal. Ke arah itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi, termasuk Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan.

Menerusi pemantauan yang dilaksanakan, KPDNHEP mendapati harga barang seperti sayur, ikan dan ayam tidak banyak berbeza di seluruh negara. Malah, ramai peniaga masih mengekalkan harga asal seperti daging import.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah (Pencegahan) KPDNHEP Azman Adam berkata pihaknya tidak menolak berlaku kenaikan harga disebabkan permintaan tinggi dan faktor cuaca. Terdahulu, beliau melakukan tinjauan harga barang di Pasar Awam Batu Pahat, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini