ACP Azlan turut memaklumkan setakat ini, hanya dua permohonan permit diterima polis untuk kempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara. Kedua-dua permohonan itu daripada Pakatan Harapan.

Dalam perkembangan lain, RM82,000 kompaun telah dikeluarkan Polis Melaka dan Kementerian Kesihatan, terhadap pelbagai parti politik yang melanggar SOP sejak 24 Oktober lalu. Ia membuktikan pihak berkuasa tidak mengamalkan pilih kasih, terhadap mana-mana parti politik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini