Kedah giat mempromosikan proses “E-10: Permit Pembinaan Ekspress” bagi menarik minat pelabur asing ke negeri itu.

Kempen turut dilakukan di Dubai Invesment Expo 2020 yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu.

Promosi E-10 dibuat delegasi kerajaan negeri diketuai SUK Kedah, Datuk  Ammar Sheikh Mahmood Naim.

E-10 merupakan kaedah permohonan Kebenaran Merancang bagi sesebuah pembinaan bangunan atau kilang sehingga Sijil Perakuan Siap dan
Pematuhan serta lesen pengoperasian diperolehi.

Menerusinya, semua porses dijangka hanya mengambi masa sehingga 10 bulan.

Kaedah terbabit akan digunapakai semua Pihak Berkuasa Tempatan Kedah.

Datuk Ammar yang dihubungi memaklumkan kempen dilaksana bagi menarik lebih ramai pelabur asing untuk masuk negeri itu.

Dubai Invesment Expo 2020 bermula semalam hingga 26 Disember ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini