Jemaah selain individu yang menunaikan umrah akan dibenar melakukan tawaf mengelilingi Kaabah tidak lama lagi.

Untuk itu, fungsi baharu iaitu Tawaf akan ditambah pada aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna menjelang hujung minggu akan datang.

Individu yang mahu berbuat demikian boleh melakukan tempahan janji temu di situ.

Komander Pasukan Khas Keselamatan Haji dan Umrah;  Muhammad Al-Bassami mengumumkan tingkat satu Masjidil Haram akan dikhususkan untuk melakukan tawaf bagi jemaah bukan umrah.

Ibadah boleh dilakukan mengkut jadual ditetapkan.

Kelonggaran selaras pelaksanaan arahan Penjaga Dua Masjid Suci yang baru-baru ini membenarkan penggunaan kapasiti penuh Masjidil Haram untuk semua jemaah.

Terdapat pilihan pada aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna untuk menempah janji temu untuk mencium Hajarul Aswad, menyentuh Sudut Yamani dan menunaikan solat di Hijir Ismail. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini