Permohonan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari untuk mencabar kesahihan pembubaran DUN Melaka ditolak Mahkamah Tinggi.

Ini kerana keputusan dibuat Yang Dipertua Negeri tidak boleh diadili.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Noorin Badaruddin memaklumkan pembubaran itu dibuat selaras Perlembagaan Negeri.

Justeru, mahkamah tidak boleh mempertikai perkara berkenaan.

Ekoran itu, Pilihan Raya Umum DUN itu akan berlangsung seperti ketetapan  Suruhanjaya Pilihan Raya.

Terdahulu, Permohonan untuk mencabar pembubaran DUN difailkan Adly 22 Oktober lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini