Tempoh sebulan lagi diberikan bagi peluang permohonan baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula 1 januari sehingga 31 januari tahun depan.

Ia bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan, masih berpeluang memohon BKM.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah berkata, pembayaran BKM memfokuskan golongan rentan dan golongan berpendapatan rendah akan dilaksanakan empat kali setahun. Tarikh pembayaran pertama dijangka pada Mac tahun depan.

Beliau turut memberitahu penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang gagal mendapat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID B40 akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik. Kira-kira 10 juta penerima dijangka memperoleh manfaat melalui BKM termasuk kategori M40. Terdahulu, beliau merasmikan penutupan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia, di Dewan Paya Besar, Kuantan, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini