Permohonan bagi kuota baharu tarif galakan sumber bukan solar sebanyak 187 megawatt akan dibuka pada Ogos ini secara bidaan dalam talian. 

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, permohonan secara e-bida itu bertujuan memastikan pembidaan dilakukan secara adil dan kompetitif dengan tawaran tarif yang terendah.

Permohonan bagi sumber hidrokuasa kecil akan dibuka pada 2 Ogos manakala 9 Ogos untuk sumber biogas serta biojism. Kuota tersebut merangkumi 30 megawatt masing-masing bagi sumber biogas dan biojism.

Manakala 127 megawatt dikhaskan bagi sumber hidrokuasa kecil. Pembida yang berkelayakan boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Penawaran Kuota Program Tarif Galakkan Sumber Bukan Solar di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini