Polis bakal membuat permohonan lanjutan reman terhadap Long Tiger.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini kertas siasatan terhadap suspek Abd Hamim Ab Hamid, telah disiapkan.

Bagaimanapun jelas beliau, keputusan melanjutkan tempoh reman suspek yang tamat esok, bergantung kepada proses siasatan, yang sedang dijalankan.

Sehingga kini, tiada tangkapan baharu dilakukan berhubung kes tersebut.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Cycle PERKEP di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru.

Kira–kira 300 anggota PERKEP bersama orang awam, menjalankan aktiviti kayuhan basikal sejauh 25 kilometer, di sekitar Bandaraya Johor Bahru.
 
Kutipan yuran program akan disalurkan kepada penduduk terjejas banjir, selain sumbangan MY KASIH berjumlah RM38,400 kepada 64 Balu Polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini