Perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara berhubung permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) oleh pihak berkuasa Perancis berkaitan siasatan projek Transit Aliran Massa (MRT) masih berjalan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, ia belum diputuskan memandangkan terdapat isu undang-undang yang perlu diteliti.