Permohonan moratorium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi, PEMULIH masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan.

Institusi perbankan juga akan terus menyediakan bantuan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang tidak tersenarai dalam kelompok B50. 

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah menjelaskan, bantuan termasuk pengurangan bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan peminjam.

Peminjam juga boleh memohon pelbagai program bantuan disediakan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.
 
Antaranya, Program Pengurusan Hutang, Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Skim Sokongan Daya Tahan Kewangan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini