Tarikh permohonan baharu berhubung pengambilan dan penggajian pekerja Warga Asing akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan dalam kenyataan medianya memaklumkan, majikan yang ingin menggajikan pekerja warga asing perlu mengemukakan permohonan sendiri berdasarkan kepada keperluan sebenar.

Tambah beliau, sektor yang diluluskan bagi penggajian pekerja asing ialah pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan perkhidmatan domestik.

Menurut kenyataan itu lagi, majikan yang menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta perlu memastikan agensi tersebut berdaftar dan mempunyai lesen yang diperakui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

Majikan dinasihatkan tidak membuat sebarang pembayaran melalui orang tengah atau pihak ketiga bagi mengelak penipuan.

Terdahulu pada 10 Disember 2021 Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan kemasukan pekerja warga asing untuk semua sektor pekerjaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini