Permohonan bagi pengambilan 32,000 pekerja asing dalam sektor perladangan secara pengecualian khas akan dibuka mulai 28 Januari ini.

Manakala, permohonan bagi sektor lain yang dibenarkan termasuk sektor perladangan tanpa pengecualian khas, akan bermula pada 15 Februari.

Kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan, permohonan boleh dibuat oleh majikan menerusi laman sesawang www.fwcms.com.my.

Majikan diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kemasukan Pekerja Asing yang ditetapkan.

Ia termasuk SOP pra pelepasan, ketibaan, kuarantin dan pascakuarantin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini