Mulai Isnin ini, permohonan Skim Saraan Bercagar, SSB akan dibuka kepada pemilik rumah yang layak.

SSB kendalian Perbadanan Gadai Janji Nasional (Cagamas Berhad) membolehkan pesara berumur 55 tahun ke atas, mencagar kediaman mereka bagi mendapat pendapatan bulanan secara tetap.

Seterusnya, membantu mereka membiayai persaraan.

Dengan kadar tetap 5% setahun, skim ini mampu menawarkan bayaran bulanan lebih tinggi kepada pesara.

Individu berminat boleh membuat janji temu untuk permohonan SSB di cawangan KWSP Kuala Lumpur atau Petaling Jaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini