Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) menyasarkan lebih ramai usahawan francais akan dilahirkan menerusi Program Bizfrancais 2022 di beberapa negeri pada tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Zamri Salleh berkata, program itu menjadi platform informasi terkini mengenai perniagaan francais di Malaysia.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Program Bizfrancais Pulau Pinang di Seberang Jaya. Setakat ini, sebanyak 1,137 syarikat francais telah berdaftar di seluruh negara.

68 syarikat francais tempatan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa di 70 buah negara dan pencapaian itu membuktikan industri francais mendapat tempat dalam kalangan usahawan sebagai cabang perniagaan berdaya maju.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini