Perodua mencatat jualan 27,858 kenderaan bulan lalu tertinggi pernah direkodkan sejak Oktober 2020.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, rekod itu dicapai hasil peningkatan pengeluaran dan penghantaran kenderaan yang pantas kepada pelanggan.

Tiga model utama terjual adalah Myvi, Axia dan Bezza.

Perodua turut merekodkan jumlah pengeluaran tertinggi iaitu 29,803 unit dalam tempoh sama.

Meski pencapaian di luar kapasiti pengeluaran semasa, namun Perodua mampu meningkatkan produktiviti dan mengekalkan kualiti tanpa kakitangan, peralatan atau jentera baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini