Perodua secara rasmi memperkenalkan Myvi baharu yang dilancarkan menerusi laman sosialnya.

Melibatkan kos RM50 juta untuk dibangunkan, model generasi ketiga ini tampil dengan beberapa ciri yang dipertingkat, antaranya sistem keselamatan Perodua Smart Drive Assist.

Sistem direka dengan mengambilkira keselamatan pemandu dan pejalan kaki ini, dilengkapi Bantuan Pemanduan Selamat, Bantuan Letak Kenderaan dan Lampu Utama.

Ia ditawarkan dalam varian Advance, sekaligus melayakkannya menjadi kenderaan dengan teknologi pemanduan autonomi tahap dua.

Myvi baharu menggunakan transmisi Dwi-mod CVT akan memberi lebih kuasa pecutan dan meningkatkan kecekapan bahan api.

Sejak dibuka untuk tempahan 9 November lalu, 4,303 permintaan diterima bagi kereta kompak berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini