Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) menyasarkan untuk menyiapkan tempahan 30,000 unit kenderaan menjelang penghujung Disember.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata jumlah penghantaran rendah sebanyak 20,299 unit bulan lepas berpunca gangguan aktiviti pengeluaran. Sehubungan itu pihaknya berhasrat untuk mendaftar 30,000 unit kenderaan bulan ini iaitu jumlah tertinggi bulanan setakat ini.

Langkah mitigasi giat dilakukan bersama keseluruhan ekosistem bagi mengatasi sebarang gangguan rantaian bekalan terutama isu kekurangan cip semikonduktor. Sejumlah 167,259 unit model keluarannya didaftarkan antara Januari dan November, penurunan 14.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Perodua menyasarkan 240,000 unit kenderaan dijual bagi 2022, peningkatan 20 peratus berbanding 200,000 unit disasarkan tahun ini. Permintaan dijangka meningkat pada enam bulan pertama tahun depan susulan lanjutan pengecualian cukai jualan kenderaan sehingga Jun 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini