Berita baik untuk pencinta buku. Jika berpeluang bercuti ke Dubai, ini mungkin menjadi destinasi wajib anda kunjungi.

Sebuah perpustakaan baharu telah dibuka di Al Jaddaf, Dubai yang menempatkan lebih sejuta buku cetak dan digital.

Perpustakaan yang diberi nama sempena pemerintahnya Mohammed bin Rashid itu dibina dengan kos pelaburan sebanyak $272.3 juta (RM1.2 billion).

Bangunan ikonik itu mempunyai saiz keseluruhan 54,000 meter persegi, mengambil bentuk dirian kayu yang dikenali sebagai ‘rahl.’

Ia terdiri daripada tujuh tingkat bangunan dengan sembilan jabatan khusus.

Iaitu Perpustakaan Umum, Perpustakaan Emirates, Perpustakaan Dewasa Muda, Perpustakaan Kanak-kanak, Perpustakaan Media dan Seni, Perpustakaan Perniagaan, Perpustakaan Koleksi Khas, Perpustakaan Peta dan Atlases, dan Perpustakaan Berkala ialah sembilan perpustakaan.

Perpustakaan ini dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 16 Jun lalu.

SUMBER: INDIATIMES.COM, WAM

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini