Prihatin terhadap nasib dan keperluan golongan yang memerlukan, lebih 400 bakul makanan mengandungi keperluan asas diagihkan oleh Persatuan Kebajikan Penyayang, Kangar.
 
Program itu sebahagian usaha bagi mendekati dan meringankan beban golongan B40 di kawasan Parlimen Kangar. Menurut Yang Dipertuanya, Marzita Mansor, selain bantuan bakul makanan, pihaknya turut menyalurkan bantuan kepada pesakit terlantar.
 
Ini termasuk menyediakan keperluan kerusi roda, tilam rawatan untuk pesakit terlantar dan lampin pakai buang mengikut keperluan dan kesesuaian setiap pesakit.
 
Usaha menyalurkan bantuan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan sokongan ahli persatuan serta kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat agar sumbangan yang disalurkan benar-benar sampai kepada golongan sasar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini