Memiliki atlet dan fasiliti sukan bertaraf antarabangsa hanya sia-sia jika badan sukan yang ditadbir urus tidak berintegreti dan menerima rasuah. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sejarah telah membuktikan amalan rasuah mampu meruntuhkan industri sukan.

Jelas beliau, skandal rasuah bolasepak pada 1994 hingga 1995 nyata memberi impak besar yang juga menjadi faktor kejatuhan skuad kebangsaan pada ketika itu. Datuk Seri Ahmad Faizal berkata demikian semasa Majlis Ikrar Bebas Rasuah Badan Sukan Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Beliau berharap inisiatif Ikrar Bebas Rasuah (IBR) menjadi penyelesaian berkesan dalam membersihkan industri sukan Malaysia dari sebarang amalan rasuah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini