Bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara pengamal media Malaysia dan Thailand, Persatuan Wartawan Perlis (PWP) menandatangani nota persefahaman bersama Persatuan Media Selatan Thailand.

Kerjasama ini membolehkan pertukaran budaya dan perkongsian kepakaran serta maklumat antara media selatan Thailand dan Perlis. Presiden PWP, Mohammad Asri Shafii berkata, usaha ini mendapat sokongan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Perjanjian ditandatangani Mohammad Asri dan wakil Persatuan Media Selatan Thailand, Phiphob dalam sebuah majlis petang semalam. Ia disaksikan Tuanku Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin menyertai Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 Peringkat Negeri Perlis itu turut disertai oleh ketua dan wakil agensi kerajaan di Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini