Sebagai persediaan menghadapi banjir 41 pemborong utama dan 53 peruncit terpilih di setiap daerah dilantik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP Kelantan.

Pengarah, Adnan Abd Rahman menjelaskan keperluan itu bagi memastikan keberadaan bekalan barang kawalan dan keperluan asas mencukupi, mudah diperoleh dan dijual dengan harga yang ditetapkan serta berpatutan.

Pelaksanaan menerusi Pelan Kontigensi Banjir itu akan dijalankan melalui tiga fasa persediaan iaitu sebelum, semasa dan tempoh pemulihan selepas fenomena bencana alam banjir di negeri ini.

KPDNHEP Kelantan juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pengeluar, pemborong, pengimport, persatuan dan agensi kerajaan terlibat.

Pihaknya juga mengaktifkan Bilik Gerakan, Enforcement Command Centre termasuk seluruh cawangan pentadbiran KPDNHEP Kelantan, masing-masing di Pasir Mas, Kuala Krai Tanah Merah dan Gua Musang untuk menerima sebarang aduan berkaitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini