6,800 anggota setiap agensi menyelamat, kini giat menjalani latihan berterusan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir di Johor.

EXCO Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri, R. Vidyananthan berkata, pendedahan sedemikian penting bagi mengelakkan kelewatan semasa proses pemindahan serta bantuan di PPS.

Ke arah itu, 280 kawasan dikenalpasti lokasi panas banjir termasuk di daerah Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Mersing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri juga sentiasa mengkoordinasi pergerakan setiap agensi ketika banjir.

Januari lepas, lebih 7,000 penduduk dipindahkan ke 72 PPS, dengan lokasi paling teruk terjejas adalah di Kota Tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini