Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), Datuk Chong Kim Fatt menyambut baik langkah kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM240 juta untuk empat tahun bagi Program Podium.

Beliau berharap dana yang diberi digunakan sebaik mungkin oleh persatuan dalam merangka latihan sebagai persiapan menjelang tiga kejohanan besar tahun ini.

Datuk Kim Fatt menjelaskan, berita itu pasti menggembirakan semua persatuan selepas bergelut mencari dana sebagai persediaan ke Sukan Sea Hanoi, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia HangZou tahun ini.

Sebelum ini, Majlis Sukan Negara (MSN) menetapkan pencapaian di peringkat kejohanan tertinggi sejak 2019 sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk membolehkan atlet kekal dalam program latihan kendalian MSN itu bermula 2022.

Ia berikutan tiadanya peruntukan khusus untuk meneruskan Program Podium yang berakhir sebaik tamat temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Ia menyaksikan hanya 288 atlet yang benar-benar layak dikekalkan bagi mengikuti program latihan sepenuh masa.

Rabu lalu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan peruntukan tersebut sehingga 2025 selepas mendengar keluhan daripada semua pihak termasuk atlet dan kepimpinan persatuan sukan tanahair.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini