Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur telah mengambil keterangan dua lelaki dan tiga wanita bagi membantu siasatan kes mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU) serta menyalahgunakan kemudahan OKU yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, ACP Beh Eng Lai berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan 30-an memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, semalam.

Sebelum ini, tular dua video masing-masing memaparkan tindakan dua lelaki berlagak sebagai OKU dan mempersendakan tempat letak kereta OKU di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. 

Sementara satu lagi video memaparkan dua wanita bertindak menyalahgunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak selain bertindak mengajuk perbuatan seolah-olah mereka adalah OKU fizikal yang tempang.

Tindakan itu menyebabkan Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi membuat laporan polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini