Kem wushu negara mungkin terpaksa melupakan hasrat beraksi dalam kejohanan di peringkat antarabangsa menjelang Sukan SEA di Hanoi pada Mei ini.

Menurut jurulatih negara Lim Yew Fai, atlet kebangsaan hanya akan menjadikan ujian di tanah air sebagai platform persiapan menghadapi temasya tersebut.

Jelas Yew Fai, pihaknya juga telah melakukan ujian pertama minggu lepas selepas dua tahun sepi tanpa aksi susulan pandemik COVID-19.

Beliau turut akui gembira dengan prestasi dipamerkan anak-anak buahnya selepas dapat kembali ‘melepaskan geram’ di atas gelanggang.

Selain Sukan SEA, skuad wushu negara juga sedang menjalani persiapan menghadapi Sukan Asia di Hangzhou, China pada September ini serta kejohanan dunia di Tokyo, Jepun pada November ini.

Pada Edisi Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina menyaksikan Malaysia merangkul empat pingat iaitu dua emas, satu perak dan satu gangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini