Kawasan DUN Bintong akan dijenamakan sebagai Persiaran Makanan Bintong.

Ia usaha mengetengahkan sektor pelancongan menerusi setiap kawasan DUN di Perlis.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan giat dilaksanakan sebelum dilancarkan secara rasmi pada 1 Januari depan.

Perancangan itu dapat meningkatkan kualiti penyediaan makanan di samping menceriakan kawasan perniagaan bagi menyambut kehadiran pengunjung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini