Persidangan Peringkat Menteri ke-12 (MC12) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva, Switzerland telah menghasilkan pencapaian cemerlang dalam beberapa bidang rundingan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, anggota memanfaatkan fleksibiliti sepenuhnya bagi menghasilkan perjanjian bersejarah dalam beberapa fokus utama.

Antaranya termasuk Perjanjian Subsidi Perikanan pertama yang akhirnya bakal dilaksana selepas 20 tahun rundingan berhubung disiplin subsidi perikanan.

Turut dimeterai, Deklarasi Peringkat Menteri Mengenai Respons WTO terhadap Pandemik COVID-19 dan Kesediaan untuk Pandemik Masa Depan serta Tindak Balas Kecemasan terhadap Bekalan Makanan.

Tambahnya, sebagai tindak balas terhadap krisis keselamatan makanan global, Malaysia mengalu-alukan komitmen anggota untuk menjadikan perdagangan dalam input makanan dan pertanian lebih mudah diramal dan harga dapat dikawal.

Malaysia juga menyokong keputusan untuk mengekalkan amalan semasa tidak mengenakan duti kastam ke atas penghantaran elektronik sehingga persidangan seterusnya.

Persidangan Peringkat Menteri seterusnya dijangka diadakan Disember 2023.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini