32 sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di seluruh negara menyertai pertandingan Digital Fest peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kuantan baru-baru ini.

Program julung kali anjuran Sekolah Kebangsaan Saint Thomas Kuantan itu menampilkan pelbagai kategori yang dapat mencungkil bakat pelajar sekolah rendah.
 
Pengarah Pendidikan Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman berkata, program berilmiah itu menjadi penanda aras kepada pencapaian terbaik murid untuk lebih kreatif.

Meskipun program itu dijalankan secara maya, namun penglibatan murid amat memberangsangkan.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis penutup Thomasian Widad Coop Bank
Pertama Digital fest Sekolah Berprestasi Tinggi, di Kuantan, Pahang.