Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) buat julung kalinya mengadakan Pertandingan Ujian Kecergasan Taktikal Kebombaan Peringkat Kebangsaan 2021 secara dalam talian di seluruh negara. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu bermula hari ini dan berakhir esok. 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Penguasa Kanan Bomba I, Anwar Abu Bakar berkata, antara objektif pertandingan itu adalah mengenal pasti tahap kecekapan pegawai memakai PPE untuk hadir ke operasi selain penekanan segi semangat berpasukan.

Katanya, antara acara yang dipertandingkan adalah “Firefit Challlenge”, “Tower Challenge” dan “Ladder Challenge”.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pertandingan Ujian Kecergasan Taktikal Kebombaan Peringkat Kebangsaan 2021 di Balai Bomba Pengkalan Kubur Tumpat hari ini. Seramai 26 pegawai JBPM kelantan terlibat untuk pertandingan ini dan tiga darinya adalah pegawai wanita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini