Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) meletakkan harapan yang tinggi agar semua jenis sukan teras dapat dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Kuala Lumpur tahun depan.

Selain itu mereka juga berharap sukan-sukan lain dapat diketengahkan bagi merancakkan industri sukan negara yang sebelum ini suram berikutan pandemik COVID-19.

Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahya berkata, jika sukan teras tidak dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu, negara bakal kehilangan dua generasi pelapis pada masa depan selepas pembatalan SUKMA 2020 yang sepatutnya berlangsung di Johor.

Ujarnya, jika hanya sukan tertentu sahaja dipertandingkan, beliau percaya atlet yang sudah bertungkus-lumus sejak beberapa tahun lalu akan kecewa kerana tidak dapat beraksi, selain umur mereka sudah melebihi tempoh yang sepatutnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini