PRU Melaka DUN Sungai Udang secara rasminya menyaksikan pertemuan empat penjuru melibatkan calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, Mohd Aleef Yusof (Perikatan Nasional), Hasmorni Tamby (Pakatan Harapan) dan Major Jeneral (B) Datuk Mohd Zahar Hashim (bebas).

Pengumuman rasmi calon yang bertanding diumumkan Pengurus SPR, DUN Sungai Udang, Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz pada pukul 10:45 minit pagi.

DUN Bandar Hilir turut  menyaksikan pertemuan 4 penjuru yang melibatkan Calon DAP Leng Chau Yen mewakili Pakatan Harapan , Lee Kah Sean dari Parti MCA mewakili Barisan Nasional , Clarice Chan Ming Wang dari Parti Gerakan mewakili Perikatan Nasional dan Mak Chee Kin dari Parti Bebas.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding diumukan oleh Pegawai Pengurus SPR , Datuk Ir Ismail Abd Rahman pukul 10.33 minit pagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini