Pertubuhan Badan Amal Pendidikan Pahang membangunkan Hab Digitalisasi dengan membina studio rakaman berteknologi tinggi dilengkapi ‘lightboard’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beserah, Kuantan.

Ia memudahkan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian sebagai rujukan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri itu.

Pengerusinya, Raihan Musa berkata, studio dibangunkan dengan kerjasama pakar Universiti Malaysia Pahang ,Pusat Exploria dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang di bawah Program Beserah Star .

Melaluinya, guru terpilih diberi latihan untuk menyediakan sistem pembelajaran secara digital.

Pelajar boleh melayari laman Youtube Exploria TV dan Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang selain menyertai telegram Nota Digital SPM 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini