Pertubuhan Peladang Kawasan Mata Ayer mengagihkan Zakat Perniagaan 2020 kepada 176 ahli PPK Mata Ayer serta agihan Tabung Wang Kebajikan Ahli PPK Mata Ayer kepada 34 penerima dikalangan masyarakat Siam.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri, Azizul Lebai Ishak memaklumkan, jumlah agihan zakat perniagaan bagi tahun 2020 kepada ahli PPK berjumlah RM26,400.00.

Zakat perniagaan turut diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM849.66

Penganjuran program ini adalah bagi menunjukkan komitmen Pertubuhan Peladang Kawasan dalam memastikan setiap keuntungan dari aktiviti perniagaan dikongsi semula bagi manfaat ahli peladang.

Beliau menyatakannya pada Majlis Agihan Zakat Perniagaan PPK Mata Ayer di Pusat Khidmat DUN Mata Ayer.

PPK Mata Ayer melibatkan ahli-ahli peladang di kawasan DUN Mata Ayer dan DUN Chuping.

Turut hadir, ADUN Mata Ayer, Siti Berenee Yahaya dan ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini