Kes pendakwaan terhadap penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, kekal dijalankan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya pada Selasa petang.

Beliau kemudiannya memohon tarikh sebutan kes daripada mahkamah untuk menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan.

Peguam bela yang mewakili Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan itu dan meminta sebutan kes dibuat dua minggu dari tarikh hari ini.

Hakim, Jamaluddin Man kemudian menetapkan 6 Julai nanti untuk sebutan kes.

Pada 31 Mac lalu, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini